Amari Johor Bahru

82C Suasana Iskandar Malaysia, Jalan Trus Road, Johor Bahru City Centre, Johor Bahru 80000 Malaysia

Phone: +60 7 266 8888   Faks: +60 7 266 8899

Soalan-Soalan Lazim

Bilik dan Kadar

Adakah tempahan bilik saya memerlukan sebarang jaminan?
... Ya. Semua tempahan bilik memerlukan jaminan kad kredit ...
Bagaimanakah caranya saya membatalkan tempahan hotel saya tanpa dikenakan caj?
... Untuk membatalkan tempahan anda tanpa dikenakan sebarang caj, sila rujuk kepada polisi pembatalan dalam e-mel pengesahan anda. Sila ambil perhatian bahawa semua kadar prabayar tidak boleh dikembalikan ...
Adakah bilik anda mempunyai Wi-Fi?
... Ya, Wi-Fi percuma disediakan di semua bilik dan di seluruh hotel ...
Apakah jenis-jenis bilik yang ada?
... Kami mempunyai 242 buah bilik. Berikut adalah butiran mengenainya:
Jenis Bilik Anggaran Saiz Jenis Katil Penghuni Maksimum
Superior 28 - 35 meter persegi King atau Twin 3
Deluxe 32 - 40 meter persegi King atau Twin 3
Grand Deluxe 39 - 44 meter persegi King atau Twin 3
Deluxe Akses Kolam Renang 32 meter persegi King atau Twin 3
Kelab Eksekutif 28 - 32 meter persegi King atau Twin 3
Junior Suite 51 meter persegi King 3
Suite Satu Bilik Tidur 69 meter persegi King 4
...
Adakah anda mempunyai kawalan suhu individu di dalam bilik anda?
... Ya ...
Bagaimana pula dengan kemudahan membuat teh dan kopi?
... Ini juga disediakan dan diisi semula setiap hari ...
Adakah peti deposit keselamatan disediakan di Amari Johor Bahru?
... Ya, setiap bilik mempunyai peti keselamatan bersaiz komputer riba ...
Adakah anda mempunyai bilik tidak merokok?
... Ya, semua bilik tetamu adalah tempat larangan merokok ...
Adakah anda mempunyai bilik yang boleh diakses menggunakan kerusi roda?
... Ya, bilik Superior kami boleh diakses menggunakan kerusi roda dan disediakan atas permintaan ...

Makan Malam

Apakah restoran yang disediakan di hotel?
... Galeri Makanan Amaya

Menyediakan hidangan yang diilhamkan oleh masakan Asia asli di stesen-stesen memasak secara langsung (Dibuka: 6:00 - 23:00)

Dip Bar

Menawarkan minuman dan hidangan pembuka selera yang menyegarkan di sepanjang kolam (Dibuka: 11:00 - 22:00)

Amaya Café

Menghidangkan snek ringan dan minuman segar (Dibuka: 08:00 - 22:00)

*Amari Johor Bahru telah mematuhi hukum syarak dan piawaian Halal Malaysia dan diluluskan oleh Panel Pengesahan Halal Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

...
Di manakah sarapan pagi dihidangkan?
... Di Galeri Makanan Amaya ...
Adakah masakan vegetarian disediakan di restoran?
... Ya ...

Perjalanan Bersama Kanak-Kanak

Apakah kemudahan yang disediakan untuk kanak-kanak?
... Kami mempunyai kolam kanak-kanak di hotel kami ...
Adakah katil bayi disediakan?
... Katil bayi disediakan atas permintaan ...
Adakah kerusi tinggi budak disediakan di restoran?
... Ya ...
Adakah menu kanak-kanak disediakan di restoran anda?
... Ya ...

Perkhidmatan dan Kemudahan

Adakah anda mempunyai kolam renang di Amari Johor Bahru?
... Ya. Kami juga mempunyai kolam kanak-kanak ...
Adakah terdapat gimnasium?
... Ya, anda boleh bersenam di Pusat FIT kami yang serba lengkap ...
Bagaimana pula spa?
... Ya, terdapat juga Spa Breeze di hotel kami. Urutan Mood kami yang istimewa adalah disyorkan ...
Adakah terdapat pusat perniagaan atau kawasan sunyi di hotel di mana saya boleh mengakses Internet?
... Ya, memang ada. Perpustakaan menyediakan stesen komputer dan akses Wi-Fi ...
Apakah daya tarikan tempatan?
... Daya tarikan tempatan yang kami cadangkan termasuklah LEGOLAND Malaysia, Johor Bahru City Square dan Masjid Sultan Abu Bakar ...
Adakah anda mempunyai meja tempahan lawatan di mana saya boleh menempah lawatan?
... Kami mempunyai meja tempahan lawatan khusus yang boleh membantu anda mengatur pelbagai lawatan ...

Maklumat Umum Hotel

Apakah mata wang tempatan anda?
... Mata wang tempatan ialah Ringgit Malaysia. Hotel kami juga menawarkan perkhidmatan penukaran mata wang ...
Apakah masa standard untuk daftar masuk dan daftar keluar?
... Masa standard untuk daftar masuk ialah 15:00 dan daftar keluar ialah pada 12:00 ...
Berapa lamakah masa yang diambil dari lapangan terbang untuk sampai ke hotel?
... Jarak kami adalah kira-kira 25 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai atau lebih kurang 30 minit pemanduan dengan kereta ...
Bagaimana saya boleh pergi ke Singapura?
... Terdapat 2 cara untuk melawat Singapura:
Dari Pengangkutan Jarak Anggaran Masa
Bas Larkin & Kompleks Terminal Teksi Teksi / Kereta 30 km 2 jam
Terminal Bas JB Sentral
Bas
CW1 Stesen MRT Kranji CW5 Perhentian Bas Newton Circus CW2 Terminal Bas Queen Street
CW1 Stesen MRT Kranji: 8 km
CW5 Perhentian Bas Newton Circus: 30 km
CW2 Terminal Bas Queen Street: 30 km
CW1 Stesen MRT Kranji: 45 minit
CW5 Perhentian Bas Newton Circus: 1 jam
CW2 Terminal Bas Queen Street: 1 jam
Kami boleh membantu sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan teksi tetapi sila maklum bahawa tempahan awal adalah disyorkan ...
Di manakah meja depan terletak?
... Penerimaan hotel 5-bintang kami terletak di tingkat bawah dan lobi berada di tingkat 6 ...
Adakah terdapat kemudahan orang kurang upaya di Amari Johor Bahru?
... Ya, semua kawasan awam di hotel kami boleh diakses menggunakan kerusi roda ...
Adakah anda mempunyai perkhidmatan perubatan?
... Ya, kami ada menyediakan doktor bertugas ...
Adakah anda mempunyai perkhidmatan dobi?
... Perkhidmatan dobi disediakan tetapi dengan bayaran tambahan ...
Apa nilai voltan yang anda gunakan di Malaysia?
... 240V ...
Adakah selamat untuk minum air paip di Malaysia?
... Air paip di Malaysia tidak boleh diminum tetapi air minuman percuma disediakan di semua bilik ...
Adakah pihak hotel menyediakan tempat letak kenderaan?
... Ya, tempat letak kereta disediakan. Walau bagaimanapun, ini akan dikenakan caj tambahan ...
Adakah anda mempunyai polisi berkaitan haiwan peliharaan?
... Harap maaf, haiwan peliharaan tidak dibenarkan di Amari Johor Bahru ...